Saturday, February 11

1malaysia yang melampau sensitif

kenapa orang malaysia sekarang semakin sensitif.

semakin hari semakin berleluasa sikap taksub pengisytiharan haram itu dan haram ini. sekejap muncul pengharaman makanan, sekejap timbul main alat muzik haram pula. entah bagaimana tersebarnya haram mengharami ini bermula memang tiada siapa tahu. mungkin.

aku mungkin cuma berlandaskan dari laman sosial facebook dan twitter cuma untuk terdedah dengan betapa sensitifnya masyarakat malaysia yang muslim ini. dan juga pendedahan betapa meluatnya kawan-kawan di laman sosial dengan wujudnya golongan yang terlampau taksub dengan proses haram mengharamkan setiap aspek kehidupan. aku cuma terdedah tapi cuba sedaya upaya untuk menjadi neutral dan tidak serong kepada mana-mana pihak.

terlampau taksub dengan perkataan haram bagi aku kurang wajar. mungkin sebab aku juga kurang senang dengan sesetengah pengharaman yang dimuktamadkan oleh golongan tersebut. mungkin juga dalam proses mengharamkan itu terdapat bau politik yang amat menyerlah sehingga mengurangkan kesahihan dan keaslian pengharamannya. terus mengundang kurang senang sebahagian besar pihak yang lain. mengundang juga emosi tidak terkawal di laman sosial hingga melampiaskan rasa tidak puas hati yang sungguh tebal. dan secara tiba-tiba laman sosial menjadi medan hilang kesabaran yang jelas bukan sifat mahmudah syaitan pon gemar.

aku pon tidak puas hati dan kadang-kadang meluats serta sabar pon hilang nyaris-nyaris. akan tetapi ingatlah dan haruslah aku cuba mengingatkan kita semua bahawa kita manusia akhir zaman. akan datang satu hari nanti kepada kita seorang yang benar sebenar-benarnya dan lurus selurusnya. seorang insan yang bakal menidakkan segala apa yang kita rasa selama ini betul tidak kira akal ataupun nafsu yang menjadi pendorong kita adalah betul. dengan kehadirannya akan menolak semua duniawi yang selama ini kita nikmati sehingga sampai tahap tidak sanggup untuk meninggalkan kenikmatan itu. kenikmatan yang mungkin dari segi makanan, alunan muzik, pakaian, laman sosial atau mungkin juga cara kita hidup dalam kehidupan seharian.

walaupun kehadirannya membawa kebenaran yang maha pahit, ingatlah bahawa tidak semua dari kita akan terus tunduk dan menurut ajarannya. mungkin kita sendiri bakal meluat dan tidak puas hati atau mungkin juga menolak secara bulat-bulat. mungkin juga terus tweet atau share di laman sosial demi menyatakan bahawa pendirian sebegitu sesat dan terus mengkafirkan insan tersebut. ya, bagi aku laman sosial adalah nikmat sangat. mungkin kita tergolong dan juga mungkin tidak.

untuk itu tanya diri kita sendiri. andai kata sampai waktu dan saat ketibaan imam mahdi nanti dan mengharamkan laman sosial, sanggupkah kita terus tunduk? golongan yang manakah kita?

aku ilmu cetek, engkau juga mungkin.

posted from Bloggeroid